Wednesday, June 18, 2014

Sambutlah Bulan Ramadhan Dengan Takwa Dan Taubat Yang Benar

Sambutlah Bulan Ramadhan Dengan Takwa Dan Taubat Yang Benar

[1]

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz



Bulan yang sangat kita rindukan kedatangannya sebentar lagi akan datang. Ya, bulan Ramadhan, bulan penuh barakah, bulan yang mempunyai banyak keutamaan. Sebagai seorang Muslim, tentu kita sudah mula mempersiapkan diri untuk menyongsong tamu agung itu. Kita sepatutnya sudah mula menyiapkan diri kita agar dapat memaksimumkan momen istimewa ini untuk memperbaiki diri dan menyiapkan bekal kehidupan akhirat. Kita tentu tidak mahu detik-detik berharga ini lewat begitu saja. Alangkah ruginya dan alangkah ruginya, jika itu berlaku. Sebab belum tentu kita boleh menjumpai Ramadhan berikutnya dalam keadaan hidup. Betapa banyak orang yang hidup disekitar kita pada bulan Ramadhan tahun lalu, tetapi kini mereka sudah tidak ada lagi, tidak ada lagi peluang mereka untuk memperbaiki diri dan memperbanyak bekal akhirat. Jangankan menunggu satu tahun, bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari ini pun belum tentu kita gapai. Ya, Allah, hanya kepada-Mu kami memohon, panjangkanlah usia kami sehingga boleh beribadah kepada-Mu di bulan Ramadhan ini.

Berkenaan dengan bulan Ramadhan ini, kami menyajikan kehadapan para pembaca nasehat Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Abdirrahman bin Baz rahimahullah. Nasihat ini beliau sampaikan ketika beliau rahimahullah diminta untuk itu menjelang kedatangan bulan Ramadhan. Akhirnya, kami berharap semoga nasihat ini boleh bermanfaat bagi kami khususnya dan bagi kaum Muslimin umumnya. Berikut adalah nasihat beliau rahimahullah.
_______________________________________________________________________

Nasehat saya kepada seluruh kaum Muslimin, hendaklah mereka senantiasa bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla. Hendaklah mereka menyambut kedatangan bulan (Ramadhân) yang agung ini dengan benar-benar bertaubat dari segala dosa. Hendaklah mereka menyambutnya dengan berusaha memahami agama mereka dan mempelajari hukum-hukum yang berkaitan dengan ibadah puasa serta qiyamullail (solat malam) mereka. Berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah Azza wa Jalla, maka Dia Azza wa Jalla memberikan kepadanya pemahaman tentang dien [2]

Juga sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

إذا دخل رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب جهنم وسلسلت الشياطين

Apabila bulan Ramadhan sudah tiba, maka pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka Jahannam ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu [3]

Juga berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

إذا كان أول ليلة من شهر رمضان صفدت الشياطين ومردة الجن وغلقت أبواب النار فلم يفتح منها باب وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب وينادي مناد يا باغي الخير أقبل ويا باغي الشر أقصر ولله عتقاء من النار وذلك كل ليلة

Jika malam pertama bulan Ramadhan sudah tiba, maka setan-setan dan jin nakal dibelenggu, pintu-pintu neraka Jahannam ditutup tidak ada satu pun yang terbuka, pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satu pun yang tertutup. Kemudian ada malaikat yang menyeru, "Wahai para pencari kebaikan, menghadaplah (ke Allâh Azza wa Jalla dengan memperbanyak ketaatan)! Wahai para pelaku keburukan, berhentilah! Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mempunyai banyak hamba yang dibebaskan dari siksa api neraka. Itu terjadi setiap malam (bulan Ramadhan) [4]

Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Barangsiapa melakukan ibadah puasa kerana rasa iman dan mengharapkan pahala dari Allah Azza wa Jalla, maka dosanya yang telah lewat terampuni. Barangsiapa melakukan ibadah solat malam kerana rasa iman dan mengharapkan pahala dari Allah Azza wa Jalla, maka dosanya yang telah lewat diampuni. Barangsiapa melakukan ibadah solat malam pada malam al-qadar karena rasa iman dan mengharapkan pahala dari Allah Azza wa Jalla, maka diampuni dosanya yang telah lewat. [5]

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda:

قال الله كل عمل ابن آدم له إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به والصيام جنة وإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب فإن سابه أحد أو قاتله فليقل إني امرؤ صائم والذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك للصائم فرحتان يفرحهما إذا أفطر فرح وإذا لقي ربه فرح بصومه

Allah Azza wa Jalla berfirman, "Semua amal kebaikan Bani Adam itu adalah miliknya, kecuali puasa. Kerana puasa itu milik-Ku dan Saya yang memberikannya balasan. Puasa itu merupakan perisai. Jika salah diantara kalian sedang menjalankan ibadah puasa, maka janganlah dia berkata keji dan berteriak-teriak. Jika ia dicela oleh seseorang atau memeranginya, maka hendaklah dia berkata, "Saya sedang menjalankan ibadah puasa." Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang menjalankan ibadah puasa lebih wangi daripada minyak misik di sisi Allah Azza wa Jalla. Orang yang menjalankan ibadah puasa mempunyai dua kebahagiaan (yaitu) jika dia berbuka, dia bahagia dan ketika berjumpa dengan Rabbnya, dia bahagia dengan ibadah puasanya. [6]

Juga sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه

Orang yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan dusta, maka Allah Azza wa Jalla sama sekali tidak butuh terhadap puasa orang itu. [7]

Jadi wasiat saya kepada seluruh kaum Muslimin, hendaklah mereka senantiasa bertaqwa kepad Allâh Azza wa Jalla dan berusaha memelihara ibadah puasa mereka dari semua perbuatan maksiat. Hendaklah mereka bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan serta berlumba-lumba melakukan pelbagai kebaikan seperti bersedekah, memperbanyak intensitas bacaan al-Qur'ân, tasbih, tahlil, tahmid, takbir serta istigfar. Kerana bulan (Ramadhân) ini adalah bulan al-Qur'ân:

شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'ân sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). [Al-Baqarah / 2:185]

Oleh kerana itu, disyari'atkan bagi kaum Muslimin, laki-laki maupun perempuan untuk bersungguh-sungguh membaca al-Qur'ân, diwaktu siang maupun malam. Setiap satu hurup bernilai satu kebaikan dan satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kali lipat, sebagaimana diberitakan oleh nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam. (Semangat melakukan kebaikan ini) harus disertai semangat untuk menjauhi semua bentuk keburukan dan perbuatan maksiat, (juga harus diiringi semangat untuk) saling menasihati dengan kebenaran, amar makruf dan nahi mungkar.

Bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang dilipatgandakan (nilai) amal kebaikan di dalamnya, begitu pula balasan keburukan. Oleh kerana itu, seorang Muslim berkewajiban untuk bersungguh-sungguh dalam menunaikan kewajiban yang Allâh Azza wa Jalla bebankan kepadanya serta menjauhi semua yang Allâh Azza wa Jalla haramkan. Dan hendaklah perhatiannya (terhadap kewajiban dan larangan itu-pent) pada bulan Ramadhan lebih dipertingkatkan lagi. Sebagaimana juga disyari'atkan bagi seorang Muslim untuk bersungguh-sungguh dalam melaksanakan berbagai amal kebaikan seperti bershadaqah, mengunjungi orang sakit, mengantarkan jenazah (ke kuburan), menyambung tali silaturrahmi, baca al-Qur'an, membaca tasbih, tahlil, tahmid, istigfar , doa dan pelbagai kebaikan lain. Dia (melakukan itu, kerana-pent) berharap dapat meraih pahala dari Allah Azza wa Jalla dan kerana takut terhadap siksa-Nya. Kami memohon kepada Allah Azza wa Jalla, semoga Allâh Azza wa Jalla memberikan taufiq-Nya kepada seluruh kaum Muslimin menuju keridhaan-Nya. Kami juga memohon kepada-Nya agar memanjangkan umur kita sehingga dapat melaksanakan ibadah puasa dan qiamullail (solat malam atau terawih-pent) dengan dilandasi keimanan dan keinginan meraih pahala-Nya. Sebagaimana juga kami memohon kepada Allah Azza wa Jalla, semoga Allâh Azza wa Jalla memberikan kepada kami dan seluruh kaum Muslimin pemahaman terhadap agama ini, keistiqamahan serta terhindar dari segala yang boleh mendatangkan murka dan siksa Allâh Azza wa Jalla. Kami memohon kepada Allah Azza wa Jalla, semoga Allâh Azza wa Jalla memberikan taufiq-Nya kepada para penguasa kaum muslmin; Semoga Allah Azza wa Jalla senantiasa memberikan hidayah kepada mereka, memperbaiki keadaan mereka serta memberikan taufiq kepada mereka supaya menerapkan syari'at-syari'at Allâh Azza wa Jalla dalam semua aspek kehidupan, sebagai perwujudan dari firman Allâh Azza wa Jalla:

وأن احكم بينهم بما أنزل الله

Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allâh [al-Maidah / 5:49]

Juga firman-Nya:

أفحكم الجاهلية يبغون ومن أحسن من الله حكما لقوم يوقنون

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [Al-Maidah / 5:50]

Juga firman-Nya:

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا في أنفسهم حرجا مما قضيت ويسلموا تسليما

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, lalu mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. [An-Nisâ / 4:65]

Juga firman-Nya:

يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر ذلك خير وأحسن تأويلا

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allâh (al-Qur'ân) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. [An-Nisâ / 4:59]

Juga firman-Nya:

قل أطيعوا الله وأطيعوا الرسول

Katakanlah: "Taat kepada Allah dan taatlah kepada rasul [An-Nur/24: 54]

Juga firman-Nya:

وما آتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا واتقوا الله إن الله شديد العقاب

Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumnya. [Hasyr/59: 7]

Inilah beberapa kewajiban kaum Muslimin juga para pemimpin mereka. Para penguasa dan para Ulama (juga) wajib bertaqwa kepada Allâh Azza waa Jalla, tunduk kepada syari'at-Nya serta memohon dalam kehidupan mereka. Kerana dengan syari'at Allâh (kita akan meraih) kebaikan, hidayah, hasil akhir yang terpuji, keridhaan Allâh Azza wa Jalla, kebenaran serta dengan syari'at ini (kita boleh) mengelakkan tindakan kezaliman.

Kami memohon kepada Allah Azza wa Jalla, semoga memberikan petunjuk, niat dan amal perbuatan yang baik.

وصلى الله وسلم على نبينا محمد وعلى أله وأصحابه أجمعين

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 03/Tahun XV / Syaban 1432/2011M. Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo-Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 0271-858197 Fax 0271-858196]
_______
Footnote
[1]. Diterjemahkan dari Majmû 'Fatâwâ wa Maqâlâtu Mutanawwi'ah, 15/51-55
[2]. HR Imam Bukhari, dalam Kitabul 'Ilmi, bab Man Yuridillâhu bihi Khairan Yufaqqihhu fid din, no. 71 dan Riwayat Imam Muslim, Kitabuz Zakat, bab an-Nahyu 'anil Mas'alah, no. 1037
[3]. HR Imam Bukhari, dalam Kitabu Bad'il Khalq, Bab Shifati iblis wa Junûduhu,, no. 3277 dan Riwayat Imam Muslim, kitabus Shiyâm, bab Fadhli Syahri Ramadhan, no. 1079
[4]. HR. Tirmidzi dalam Kitabus Shaum, Bab Ma Ja'a fi Fadhli Syahri Ramadhan, no. 682 dan Ibnu Majah, Kitabus Shiyam, Bab Ma Ja'a fi Fadhli Syahri Ramadhan, no. 1642
[5]. HR Imam Bukhari, dalam Kitabus Shaum, bab Man Shama Ramadhân imanan wa ihtisâban, no. 1901 dan Riwayat Imam Muslim, kitabus shalatil Musafirin wa Qashriha, bab at-Targhîb fî shiyâmi Ramadhân, no. 760
[6]. HR Imam Bukhari, no. 7492 dan Riwayat Imam Muslim, no.1151
[7]. HR Imam Bukhari, kitab as-Shaum, Bab Man Lâm Yada 'Qaulaz Zuri wal' Amala bihi, no. 1903

No comments:

Post a Comment